{"id":3531,"date":"2021-07-05T13:58:19","date_gmt":"2021-07-05T05:58:19","guid":{"rendered":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=3531"},"modified":"2021-09-30T20:15:53","modified_gmt":"2021-09-30T12:15:53","slug":"%e9%99%88%e5%98%89%e5%ba%9a%e7%bd%91%e4%b8%8a%e5%b8%b8%e8%af%86%e8%b5%9b-%e6%b1%b6%e4%b8%ad10%e7%94%9f%e8%b8%8a%e8%b7%83%e5%8f%82%e7%9b%9b","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=3531","title":{"rendered":"Dayang Lim Bei En Menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu Semasa Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa"},"content":{"rendered":"<p>Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan seluruh lapisan masyarakat terhadap Bahasa Melayu yang diakui mampu membina peradaban dan ketamadunan bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2021 di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Pelancaran sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.<\/p>\n<p>Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab dalam ucapan alu-alunnya menjelaskan bahawa nilai kesedaran dan penghayatan Bahasa Melayu sangat penting bagi meningkatkan rasa keakuan dan kepemilikan terhadap Bahasa Melayu.<\/p>\n<p>Perhimpunan secara menyeluruh di keempat-empat daerah ini, jelasnya, menunjukkan bukti akan komitmen yang cukup mendalam terhadap daya upaya untuk memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.<\/p>\n<p>Sepanjang Bulan Bahasa ini, DBP telah menyediakan dan merangka pelbagai kegiatan yang menunjang dan mendukung kepada pemerkasaan Bahasa Melayu sejajar dengan tema Bulan Bahasa yang diangkat pada tahun ini, iaitu \u2018Memperkasakan Bahasa Melayu\u2019.<\/p>\n<p>Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Bulan Bahasa 2021, ahli Majlis Mesyuarat Negara, ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD), penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara, mantan pengarah dan timbalan pengarah DBP, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para penulis serta para pencinta bahasa dan sastera.<\/p>\n<p>Dengan tema \u2018Memperkasakan Bahasa Melayu\u2019 Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2021 itu dimeriahkan dengan irama tambang Syair Begawan berjudul \u2018Syair Ristaan Dewan Bahasa dan Pustaka\u2019 hasil nukilan Haji Kiflee Tarsat pada 2007, yang disampaikan oleh Dayang Halimatus Rabeatul Saiedah binti Huzaimi.<\/p>\n<p>Seterusnya, bacaan Ikrar Bahasa oleh duta bahasa, peserta pidato kebangsaan dan wakil institusi pengajian tinggi, pegawai dan kakitangan DBP yang diketuai oleh penerima Anugerah Duta Bahasa 2015, Awang Mohd Zefri Ariff bin Mohd Zain Ariff.<\/p>\n<p>Majlis turut menyaksikan forum Bahasa Melayu dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan peringkat \u2018O\u2019 dan \u2018A\u2019 bagi 2020 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Di antara pelajar yang menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu ialah Dayang Lim Bei En dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Turut hadir menyokong Sambutan Bulan Bahasa dan meraikan kejayaan Lim Bei En mengharumkan nama Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB ialah Cikgu Tan Been Tiem, ketua Jabatan bahasa Melayu merangkap penolong pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang terdiri daripada Jordin Ngiau Sheng Wei, Kirsty Tan Yee Ning dan Magdalene Teo Shi Jin juga hadir meraikan kejayaan rakan sekolah mereka.<\/p>\n<p>Sambutan Bulan Bahasa diserikan lagi dengan deklamasi sajak berjudul \u2018Balada Bahasa Bangsaku\u2019 karya Panji Lara yang disampaikan sendiri oleh Awangku Mohammad Noor Sham @ Awangku Hidie bin Pengiran Hidup, ahli Kumpulan Putra Seni (KPS) yang bergiat aktif dalam pementasan drama.<\/p>\n<p>Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Puan Kho Guik Lan berasa gembira dan bangga dengan pencapaian Lim Bei En yang telah mengharumkan nama sekolah. Segala usaha pihak sekolah yang telah menyediakan pendidikan yang berkualiti dan sokongan daripada ibu bapa serta kegigihan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi telah membuahkan hasil dengan keputusan cemerlang yang dicapai oleh para pelajar sekolah ini.<\/p>\n<p>Puan Kho Guik Lan juga mengucapkan tahniah kepada Lim Bei En dan ibu bapa serta guru-guru yang telah menyumbang kepada pencapaian yang cemerlang ini.<\/p>\n<table style=\"width: 100%;\" align=\"center\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/P2021-07-07_001.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/P2021-07-07_002.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/P2021-07-07_003.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/P2021-07-07_004.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/P2021-07-07_005.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Lim Bei En (kelima dari kiri) bersama ibu bapanya, penolong pengetua dan para pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB bergambar ramai dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan seluruh lapisan masyarakat terhadap Bahasa Melayu yang diakui mampu membina peradaban dan ketamadunan bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2021 di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4010,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-3531","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3531"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4013,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3531\/revisions\/4013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4010"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}