{"id":4877,"date":"2022-07-26T10:56:52","date_gmt":"2022-07-26T02:56:52","guid":{"rendered":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=4877"},"modified":"2022-07-26T10:56:52","modified_gmt":"2022-07-26T02:56:52","slug":"sekolah-menengah-chung-hwa-bsb-menyertai-majlis-ramah-mesra-bersama-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=4877","title":{"rendered":"Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Julai. &#8211; Segenap lapisan rakyat dan penduduk di Daerah Brunei dan Muara sejak awal pagi lagi sudah membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar &#8216;Ali Saifuddien bagi menanti keberangkatan tiba raja yang dikasihi bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-76 Tahun bagi daerah ini. Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB tidak ketinggalan bagi sama-sama memeriahkan suasana sambutan.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu&#8217;izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar &#8216;Ali Saifuddien Sa&#8217;adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja merupakan acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk di daerah ini apabila berpeluang untuk bersua muka lebih dekat bersama raja dan pemimpin negara yang bijaksana, berkarisma, penyayang dan sangat pemedulian terhadap hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk baginda.<\/p>\n<p>Bermula daripada keberangkatan baginda menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar &#8216;Ali Saifuddien, seramai 200 orang pelajar dan guru Tahun 7 dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB bersama penunttut-penuntut sekolah lain, dengan penuh semangat berbaris mengibarkan bendera-bendera kecil negara bagi sama-sama menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu&#8217;izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja yang kemudiannya disambut dengan barisan pelajar sekolah memegang Bunga Manggar yang turut diiringi dengan kemeriahan paluan hadrah.<\/p>\n<p>Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda &#8216;Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda &#8216;Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.<\/p>\n<p>Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-76, Tahun 2022 dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sambutan. Paluan hadrah mengiringi keberangkatan baginda dan Lagu Kebangsaan &#8216;Allah Peliharakan Sultan&#8217; bergema sebaik sahaja baginda berserta kerabat diraja berangkat tiba di Pentas Diraja.<\/p>\n<p>Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menyaksikan Persembahan Khas membawa tema &#8216;Raja untuk Rakyat, Rakyat untuk Raja&#8217; dengan berkonsepkan &#8216;Raja Disanjung, Rakyat Menjunjung&#8217; daripada gabungan hampir 200 peserta terdiri daripada para belia, penuntut sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p>Pameran dan perhimpunan tersebut antara lain disertai oleh institusi pendidikan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), Royal Brunei Airline, Persatuan India Brunei, Persatuan Cina Brunei, DST, BIBD dan Dynamik Technologies.Murid-murid Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB turut menyertai perhimpunan tersebut bersama mewakili masyarakat Tionghua dengan menyanyi lagu Selamat Puja Usia Kebawah Duli Tuan Patik.<\/p>\n<p>Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei Muara diakhiri dengan Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Dewan Persantapan Lapau. Baginda juga berkenan memotong Kek Hari Keputeraan Ke-76 bagi Tahun 2022.<\/p>\n<table style=\"width: 100%;\" align=\"center\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_001.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_002.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan persembahan nyanyian Lagu Selamat Puja Usia Kebawah Duli Tuan Patik yang dinyanyikan oleh murid-murid Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_003.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_004.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan beramah mesra bersama para peserta pameran yang terdiri daripada murid-murid Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB yang mempamerkan kostum yang menarik perhatian baginda.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Kebawah Duli Yang Maha Mulia, paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda &#8216;Abdul Malik berkenan bergambar ramai.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_005.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_006.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda &#8216;Abdul Mateen berkenan bergambar ramai.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan bergambar ramai.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_007.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_008.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Murid-murid Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan pemimpin- pemimpin Masyarakat Tionghua.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_009.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_010.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/P2022-07-25_011.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB dipimpin oleh Cikgu Kwan Fui San bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan, penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem dan penolong pengetua bahagian Tadika Cikgu Sim Man Ling.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Julai. &#8211; Segenap lapisan rakyat dan penduduk di Daerah Brunei dan Muara sejak awal pagi lagi sudah membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar &#8216;Ali Saifuddien bagi menanti keberangkatan tiba raja yang dikasihi bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena Sambutan Perayaan Ulang&hellip; <a class=\"more-link\" href=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=4877\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4880,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-4877","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4877","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4877"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4877\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4892,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4877\/revisions\/4892"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4880"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4877"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4877"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4877"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}