{"id":5194,"date":"2023-02-11T08:04:33","date_gmt":"2023-02-11T00:04:33","guid":{"rendered":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5194"},"modified":"2023-02-13T08:16:17","modified_gmt":"2023-02-13T00:16:17","slug":"makan-malam-sambutan-tahun-baharu-cina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5194","title":{"rendered":"Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina"},"content":{"rendered":"<p>Walaupun Tahun Baharu Cina telah berakhir pada 5 Februari 2023 namun suasana Tahun Baharu Cina masih terasa. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina pada 9 Februari dengan jayanya di Dewan Darussalam dan dihadiri oleh lebih 180 orang ahli-ahli lembaga pengarah sekolah, pentadbir sekolah, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah. Acara ini telah dianjurkan oleh Komiti Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Turut hadir di Majlis makan malam itu ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan iaitu Dr Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman @ Tan Kah Hock, Dr Yong Chee Tuan, Awang Tan San Hock, Dato Lai Heng Wai, Awang Liau Tian Soon dan Dayang Lee Ah Ing. Mereka berkumpul bersama-sama dengan pemimpin sekolah, guru-guru dan kakitangan untuk mengeratkan hubungan dan memeriahkan majlis pada malam itu.<\/p>\n<p>&#8220;Tahun lepas, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah menyambut ulang tahun ke-100. Dengan sokongan, kepercayaan dan kerja keras semua pihak dan kakitangan sekolah, telah mencapai keputusan cemerlang satu demi satu, yang membuat saya berasa sangat gembira!&#8221; antara  kandungan ucapan pengetua Kho Guik Lan pada majlis makan malam itu.<\/p>\n<p>Pengetua sekolah mengalu-alukan kehadiran ahli lembaga dan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jabatan dan kakitangan serta mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pada tahun arnab yang membawa tuah dan kemakmuran!<\/p>\n<p>Pengetua sekolah, Puan Kho Guik Lan juga mengongsikan Keputusan Peperiksaan GCE Peringkat O pada tahun 2022 yang baru sahaja dikeluarkan. Keputusan pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB sangat cemerlang. Beliau menonjolkan 3 orang calon yang telah mendapat gred A*\/A dalam 11 mata pelajaran dalam peperiksaan GCE Peringkat O di seluruh negara, semuanya adalah pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB, dan keputusan ketiga-tiga pelajar ini berada di kedudukan tiga teratas. Di samping itu, terdapat 10 orang calon yang telah mendapat gred A*\/A dalam 10 mata pelajaran di peringkat negara dan 9 daripadanya ialah pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB.<\/p>\n<p>Beliau menekankan bahawa rahsia di sebalik pencapaian yang cemerlang di atas adalah hasil daripada usaha semua pihak termasuk guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa, pentadbir dan kakitangan sekolah.<\/p>\n<p>Beliau meneruskan: &#8220;Dengan berita baik pada awal tahun baharu ini telah membuka harapan baharu. Marilah kita meneruskan pendidikan yang lebih cemerlang dengan semangat yang lebih tinggi dan semangat yang berkobar-kobar, dan memupuk lebih ramai elit untuk negara dan masyarakat.&#8221;<\/p>\n<p>Pada malan tersebut, para hadirin bukan sahaja dihidangkan dengan makanan yang mewah dan lazat, malahan pihak penganjur juga menyediakan pelbagai persembahan pentas yang menarik. Program ini berbeza-beza, termasuk persembahan jabatan, nyanyian, tarian, persembahan instrumental solo, dan lain-lain, yang membolehkan setiap jabatan dan kakitangan menghabiskan malam yang mencatatkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.<\/p>\n<table style=\"width: 100%;\" align=\"center\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_001.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_002.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan ketua-ketua jabatan bergambar ramai sebelum makan malam.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Guru-guru dan kakitangan sekolah menikmati hidangan yang disediakan.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_003.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_004.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Guru-guru Jabatan Bahasa Melayu membuat persembahan tarian poco-poco sambil memegang kipas.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Guru-guru Jabatan Bahasa Cina menyanyi dan menari.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_005.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/P2022-02-10_006.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Guru-guru Jabatan Pendidikan Jasmani dan Muzik membuat pelbagai persembahan.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Ahli Lembaga pengarah sekolah, pentadbir sekolah dan guru-guru tadika Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB bergambar ramai. Barisan hadapan, dari kiri, Dayang Lee Ah Ing, Dr Yong Chee Tuan, Dato Lai Heng Wai, Dr Tan Kah Hock, Pengetua Puan Kho Guik Lan, Awang Tan San Hock dan Awang Liau Tian Soon.<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Walaupun Tahun Baharu Cina telah berakhir pada 5 Februari 2023 namun suasana Tahun Baharu Cina masih terasa. Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina pada 9 Februari dengan jayanya di Dewan Darussalam dan dihadiri oleh lebih 180 orang ahli-ahli lembaga pengarah sekolah, pentadbir sekolah, tenaga pengajar dan kakitangan&hellip; <a class=\"more-link\" href=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5194\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5199,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-5194","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5194","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5194"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5202,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5194\/revisions\/5202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5199"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}