{"id":5752,"date":"2023-07-20T10:57:21","date_gmt":"2023-07-20T02:57:21","guid":{"rendered":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5752"},"modified":"2023-07-20T10:57:21","modified_gmt":"2023-07-20T02:57:21","slug":"15-orang-pelajar-dan-seorang-guru-smch-bsb-membaca-ikrar-bahasa-sempena-majlis-sambutan-bulan-bahasa-2023","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5752","title":{"rendered":"15 Orang Pelajar dan Seorang Guru SMCH, BSB Membaca Ikrar Bahasa; Sempena Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2023"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2023 pada 5 Julai 2023. Pada tahun ini Majlis Sambutan Bulan Bahasa diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal di ruang legar, Pusat Beli-Belah The Mall, Gadong, manakala secara maya penyertaan orang ramai melalui aplikasi Zoom dan penstriman langsung menerusi media sosial Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis Sambutan Bulan Bahasa dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bulan Bahasa 2023, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD), Para Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award), mantan Pengarah dan Timbalan Pengarah DBP, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para penulis serta para pencinta bahasa dan sastera.<\/p>\n<p>Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan \u201cAllah Peliharakan Sultan\u201d, Bacaan Doa Selamat, Aktiviti Membaca selama 10 minit, diikuti dengan ucapan alu-aluan Pengerusi, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP. Seterusnya, bacaan Ikrar Bahasa dilafazkan oleh penuntut-penuntut Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh Cikgu Tan Been Tiem, Duta Bahasa 2015 dan Deklamasi Sajak yang disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.<\/p>\n<p>Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tetamu Kehormat dan Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa 2023. Seterusnya, Persembahan Pidato yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib selaku Johan Pertandingan Pidato Kebangsaan. Majlis juga diserikan dengan Persembahan Silat oleh Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.<\/p>\n<p>Majlis berakhir dengan penyampaian gelar Duta Bahasa, hadiah-hadiah, cenderamata dan sijil penghargaan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Seni Khat Jawi, Peraduan Menterjemah Buku Cerita Kanak-Kanak Terbitan DBP, Peraduan Adaptasi Novel ke Skrip Drama Pentas, para panel hakim, pelajar cemerlang, dan peserta persembahan serta syarikat-syarikat tajaan.<\/p>\n<table style=\"width: 100%;\" align=\"center\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/P2023-07-18_001.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/P2023-07-18_002.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB membaca Ikrar Bahasa dan diketuai oleh Cikgu Tan Been Tiem, Duta Bahasa 2015.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Tetamu Kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada Cikgu Tan Been Tiem.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/P2023-07-18_003.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/P2023-07-18_004.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB dan Sekolah Rendah Yayasan SHHB bergambar ramai dengan tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para jemputan khas.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Pasukan ikrar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Puan Fatin.<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/P2023-07-18_005.jpg\" alt=\"\" \/><\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\">\u25b2 Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan, Timbalan Pengetua Cikgu Beh Hai Yau dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem.<\/td>\n<td valign=\"top\" style=\"width: 50%;\"><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2023 pada 5 Julai 2023. Pada tahun ini Majlis Sambutan Bulan Bahasa diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal di ruang legar, Pusat Beli-Belah The Mall, Gadong, manakala secara maya penyertaan orang ramai melalui aplikasi Zoom dan penstriman langsung menerusi media sosial Facebook Dewan Bahasa dan&hellip; <a class=\"more-link\" href=\"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/?p=5752\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">15 Orang Pelajar dan Seorang Guru SMCH, BSB Membaca Ikrar Bahasa; Sempena Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2023<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5753,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-5752","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5752","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5752"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5752\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5758,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5752\/revisions\/5758"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5752"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5752"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chms.edu.bn\/bm\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5752"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}