Matapelajaran yang diajarkan ialah Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pengetahuan Am, Lukisan dan Latihan Jasmani. Di dalam tiga bahasa matapelajaran ini, murid-murid akan diajarkan kemahiran dalam menulis dan membaca, pembinaan pembendaharaan kata, kemahiran tutur bahasa dan kebolehan mengeja. Kecekapan mencongkak juga dikembangkan dalam matapelajaran Matematik. Bakat dalam rekaan, keyakinan dalam diri sendiri dan kebolehan dalam pergaulan juga dikembangkan melalui matapelajaran Pengetahuan Am, begitu juga dengan Pelajaran Lukisan dan Latihan Jasmani. Ianya diperkenalkan mengikut keadaan sekeliling supaya lebih mudah dan mengembirakan murid-murid.