Bahagian Tadika

Matapelajaran yang diajarkan ialah Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pengetahuan Am, Lukisan dan Latihan Jasmani. Di dalam tiga bahasa matapelajaran ini, murid-murid akan diajarkan kemahiran dalam menulis dan membaca, pembinaan pembendaharaan kata, kemahiran tutur bahasa dan kebolehan mengeja. Kecekapan mencongkak juga dikembangkan dalam matapelajaran Matematik. Bakat dalam rekaan, keyakinan dalam diri sendiri dan kebolehan dalam pergaulan juga dikembangkan melalui matapelajaran Pengetahuan Am, begitu juga dengan Pelajaran Lukisan dan Latihan Jasmani. Ianya diperkenalkan mengikut keadaan sekeliling supaya lebih mudah dan mengembirakan murid-murid.

Kurikulum Tadika

Tadika terdiri daripada 3 bahagian iaitu Tadika 1,2 dan 3. Di sinilah tempatnya guru-guru dapat membina naluri semulajadi kanak-kanak secara maksima. Murid-murid juga dibimbing supaya menaruh minat terhadap sikap positif dalam pembelajaran. Disamping itu,kanak-kanak juga diasuh kemahiran-kemahiran asas hidup yang penting.

Tadika 1 & 2

» Pergaulan
» Perkembangan emosi
» Perkembangan jasmani
» Kecekapan diri sendiri
» Lukisan rekaan-rekaan, sajak dan nyanyian
» Pengertian dalam buku-buku bacaan dan cerita
» Pengenalan dalam bidang penulisan huruf dan perkataan-perkataan yang mudah

Tadika 3

» Perkembangan jasmani
» Lukisan rekaan dan khayalan
» Latihan asas kecekapan menulis
» Pergaulan dan perkembangan emosi
» Latihan asas dan kecekapan membaca
» Sajak, nyanyian dan halaman bercerita
» Persediaan untuk masuk ke sekolah-sekolah rendah

Laporan Tadika

Kad laporan mengenai murid-murid akan diberikan pada pertengahan dan penghujung tahun. Para ibu bapa bagi murid-murid tadika 1&2 akan berpeluang untuk berjumpa dengan guru-guru bagi membincangkan mengenai perkembangan tahunan anak-anak mereka dan ini akan diadakan setiap tahun pada Hari IbuBapa. Pada hari penerimaan sijil, murid-murid Tadika 3 akan menerima sijil dan mereka akan mula membuat persediaan bagi memasuki darjah 1 pada tahun berikutnya.

Galeri