Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan pada 10 Julai 2021 bertempat di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis pada petang ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Seramai 292 orang pelajar dari Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Swasta serta Sekolah Antarabangsa seluruh negara telah menerima anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:-
i). Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards (COAA),
ii). Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘A’ Level,
iii). Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘O’ Level/IGCSE,
iv). Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate,
v). Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan
vi). Anugerah Pendidikan Khas Brunei Cambridge – GCE O Level dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) (Jabatan Pendidikan Khas).
Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE). Sementara, bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Brunei Cambridge-GCE ‘A’ Level, Brunei Cambridge-GCE ‘O’ Level/IGCSE, Anugerah Pendidikan Khas Brunei Cambridge-GCE ‘O’ Level, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Anugerah Pendidikan Khas Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pula menerima trofi, sijil pencapaian dan wang tunai.
Anugerah Pelajar Cemerlang 2020 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Abdul Aziz bin Noor Nasran, salah seorang pelajar penerima High Achievement Cambridge O- Level COAA, dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Zainal Abidin Bin Haji Kepli, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, diikuti dengan ucapan wakil daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE), Dr. Ben Schmidt, Regional Director, Southeast and Pacific (Asia) secara rakaman video dan seterusnya penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Morni bin Haji Nayan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Muda Abdul Malik Kampong Tungku, Katok, Gadong.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan ibu bapa serta penjaga para penerima anugerah.
Seramai 19 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan 6 orang pelajar menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam mata pelajaran.
▲ Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Puan Kho Guik Lan (kedua dari kiri) dijemput hadir ke majlis tersebut. | ▲ Tetamu Kehormat Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menyampaikan hadiah kepada Lim Bei En. |
▲ Tetamu Kehormat Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menyampaikan hadiah kepada Yong Shan Rong. | ▲ Tetamu Kehormat Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menyampaikan hadiah kepada Bong Jia Lok @ Alvin. |
▲ Tetamu Kehormat Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menyampaikan hadiah kepada Ang Chin Gui. | ▲ Yong Shan Ren menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dengan gembira dan bergambar bersama bapanya, Dr. Yong Chee Tuan (Ahli Lembaga Pengarah SMCH,BSB) (kanan), pengetua puan Kho Guik Lan (kedua dari kiri) dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem (kiri). |
▲ Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE ‘O’ Level 2020 bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan (depan: keempat dari kiri) dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem (depan: kelima dari kiri). | ▲ Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE ‘O’Level dan PSR 2020, bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan (depan: kelima dari kiri) dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem (depan: keenam dari kiri). |