Pertandingan Tarian Antara Kelas Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB adalah merupakan acara tahunan yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. Pada tahun ini, pertandingan ini diadakan pada 7 Julai 2023 bermula pada pukul 9:00 pagi bertempat di Dewan Darussalam. Hadir sebagai tetamu kehormat bagi acara ini ialah Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB.
Keputusan Pertandingan Tarian adalah seperti berikut:
Kategori Sekolah Rendah Bawah
Juara: “Tarian Dunhuang” kombinasi tarian tradisional dan moden
Naib Johan: Tarian Tradisional Brunei
Tempat Ketiga: Cahaya Bulan Kolam Teratai
Hadiah Saguhati: Senyuman Bunga Mengembang (Tarian India)
Kategori Sekolah Rendah Atas
Juara: Tarian “Peking Opera”
Naib Juara: Tarian tradisional Indonesia
Tempat Ketiga: Tarian Bidadari Musim Bunga
Kategori Sekolah Menengah
Juara: Tarian “Suku Perang”
Naib Juara: Tarian “Bukit Belalai Gajah”
Tempat Ketiga: Tarian “Kesyukuran Abadi”
Hadiah Saguhati: Tarian “Musim Bunga”
![]() |
![]() |
| ▲ Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB memukul gendang sebagai tanda pembukaan rasmi pertandingan tarian dan disaksikan oleh pengetua Puan Kho Guik Lan. | ▲ Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua hakim pertandingan tarian. |
![]() |
![]() |
| ▲ Gambar menunjukkan kombinasi tarian tradisional dan moden yang diberi nama “Tarian Dun Huang” memenangi Anugerah Juara dalam Kategori Sekolah Rendah Bawah. | ▲ Tarian “Peking Opera” memenangi Anugerah Juara Kategori Sekolah Rendah Atas. |
![]() |
![]() |
| ▲ Gambar menunjukkan pasukan tarian “Suku Perang” memenangi Anugerah Juara dalam Kategori Sekolah Menengah. | ▲ Para Pemenang Pertandingan Tarian bergambar ramai dengan tetamu kehormat Yang Mulia Awang Lim Boon Hwa dan jawatankuasa. |




