MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YAASIN UNTUK KEBAWAH DULU YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.

Bandar Seri Begawan, 19 Januari 2026 – MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YAASIN UNTUK KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH telah berlangsung di Dewan Boon Pang Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan pagi tadi.

Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Menganjurkan Kursus “Disiplin Pelajar” untuk Memupuk Budaya Tradisional Cina

Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah menganjurkan kursus pembelajaran “Disiplin Pelajar” bagi memelihara dan mengembangkan budaya tradisional Cina serta memperkukuh pendidikan akhlak pelajar Tahun 6. Kursus ini berlangsung selama dua hari bermula pada 12 November 2025, dengan penceramah daripada Persatuan Harmoni Brunei.

Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Anjur Kongsisama “Inovasi AI dalam Pembinaan Soalan”

Bandar Seri Begawan, 29 November 2025 – Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah menganjurkan satu sesi kongsisama bertajuk “Inovasi AI dalam Pembinaan Soalan” bertempat di Bilik Komputer 3. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dalam membina, menilai, serta memperbaiki kualiti soalan peperiksaan.

MAJLIS MAKAN TENGAH HARI HUJUNG TAHUN SMCH BSB MERIAH DENGAN SEMANGAT KEKELUARGAAN

Bandar Seri Begawan, 29 November 2025 — Suasana penuh ceria dan keakraban menyelubungi Dewan Darussalam SMCH BSB sempena Majlis Makan Tengah Hari Hujung Tahun yang dianjurkan oleh Komiti Staff Circle sekolah. Acara tahunan ini bertujuan untuk menghargai usaha warga pendidik sepanjang tahun serta memperkukuh silaturahim antara jabatan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI PROGRAM BILAL DAN IMAM CILIK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH (KERAJAAN & SWASTA) TAHUN 2025

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 November 2025 – Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Dan Cenderahati Program Bilal Dan Imam Cilik Sekolah-Sekolah Rendah (Kerajaan & Swasta) Tahun 2025 bagi 9 orang pelajar dari sekolah ini yang telah berjaya menamatkan program tersebut. Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati ini telah berlangsung di Surau Lelaki… Continue reading MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI PROGRAM BILAL DAN IMAM CILIK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH (KERAJAAN & SWASTA) TAHUN 2025

Cikgu Teh Siew Eng Dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bsb Menerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention) Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025

Seramai 27 orang guru dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam. Pada setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan… Continue reading Cikgu Teh Siew Eng Dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bsb Menerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention) Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2025

Majlis Penyampaian Sijil Jabatan Bahasa Melayu/MIB & Jawi

Pada 7 Ogos 2025, Jabatan Bahasa Melayu/ MIB dan Jawi telah mengadakan Majlis Penyampaian hadiah sebagai acara kemuncak bagi aktiviti Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi untuk meraikan para pemenang peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi yang sudah berlangsung sejak bulan Mac 2025.

Kem Inovasi Belia dan Seminar Guru “Belt and Road” kali ke-9 di Sichuan, China

Bandar Seri Begawan, 24 JULAI – Seramai dua orang guru dan lima orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah berjaya menyempurnakan penyertaan mereka dalam Kem Inovasi Belia dan Seminar Guru “Belt and Road” kali ke-9, dan telah kembali ke Brunei dengan penuh penghargaan dan pencapaian.

Chen Po-Hua Pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Mencapai Keputusan Cemerlang 11A dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’

Keputusan peperiksaan GCE Peringkat O telah dikeluarkan pada 28 Januari 2025. Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah mencapai keputusan yang cemerlang, dengan 35 orang calon memperolehi gred A*/A dalam lima hingga 11 mata pelajaran. Keputusan ini amat membanggakan sekolah terutamanya Chen Po-Hua yang muncul sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh 11A iaitu gred 9A* dan 2A dalam… Continue reading Chen Po-Hua Pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Mencapai Keputusan Cemerlang 11A dalam Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’

Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Mendapat Naib Johan Dalam Kuiz Keselamatan Jalan Raya Kali Ke-3 bagi Sekolah Menengah, Maktab-Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Senegara Tahun 2024

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan Sempena Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia 2024 yang berlangsung di Dewan Mawaddah, Setia Point, Mukim Berakas ‘A’ pada 26 November 2024.