Keputusan peperiksaan GCE Peringkat O telah dikeluarkan pada 28 Januari 2025. Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah mencapai keputusan yang cemerlang, dengan 35 orang calon memperolehi gred A*/A dalam lima hingga 11 mata pelajaran. Keputusan ini amat membanggakan sekolah terutamanya Chen Po-Hua yang muncul sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh 11A iaitu gred 9A* dan 2A dalam mata pelajaran yang diambilnya.
Bagi peringkat negara pula hanya seorang calon yang telah mendapat keputusan 11A*/A dalam peperiksaan GCE Peringkat O iaitu Chen Po-Hua pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan (9A*2A).
Pada masa yang sama, seramai 3 orang calon di peringkat negara memperoleh keputusan 10A*/A dalam 10 mata pelajaran, dan 2 orang calon adalah dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB. 2 orang pelajar yang dimaksudkan ialah Liew Se Kiat (10A*1B) dan Eloise Tan Li Ming (5A*5A1B).
Seramai 3 orang pelajar telah mendapat 9A*/A iaitu Law Yi Xuan (6A*3A1), Hung Wei Li (5A*4A1B) dan Hung Shing Ying (1A*8A). Manakala 3 orang pelajar lagi mencapai gred 8A iaitu Daphne Thian Hui Xin (1A*7A2B), Christina Fong Jun Jun (1A*7A1B), Claudia Goh Jia Yee (1A*7A1B).
Selain itu, 11 orang pelajar memperoleh 7A iaitu Lai Kai Jing (5A*2A), Loh Vun Min @ Nicholas (4A*3A), Soon Kai Li (3A*4A3B), Kleio Lai Xian Hui (3A*4A3B), Nelson Wong Ling Xiong (2A*5A1B), Dobrila Wong Sze Qing (1A*6A3B), Chin Li Mingsaeng (1A*6A1B), Vicky Lim Wei Qi (1A*6A1B), Natasha Loh Yi Xin (1A*6A1B), Jolin Lee Sze Ling (1A*6A) ), dan Liow Rou Qi (7A2B).
7 orang pelajar yang mendapat gred 6A ialah Thien Zhi Feng (2A*4A4B), Ardan Lee Hao (2A*4A2B), Wong Ruo Xuan (1A*5A3B), Kiendria Lee Jia Er (1A*5A2B), Iverson Angas Enau (1A*5A2B), Fong Jing Neng @Ashton Fong (6A2B), dan Naw Karyle Amber Soriano Win (6A1B).
8 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A ialah Ayesha Kamila Joannelu Binti Abdullah (4A*1A1B), Eugene Chok Zhi Yang (2A*3A3B), Cisse Liu Sze Jie (2A*3A2B), Afeef Al-Amin Bin Aehtoosham (2A*3A2B), Chong Zhen Jing (2A*3A1B), Amirah Saffrina Binti Malik Faisal (1A*4A4B), Ding Jhen Ming (1A*4A1B), dan Ngau Zi Kang (5A2B).
Pada keseluruhannya, pencapaian keputusan 133 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa BSB yang menduduki Peperiksaan GCE ‘O’ Level 2024 adalah memuaskan.
Sebanyak 7 Mata Pelajaran mendapat 100% kepujian iaitu Matematik, Fizik, Kimia, Biologi termasuk subjek bahasa Cina (IGCSE 1ST LANGUAGE CHINESE 0509/ IGCSE 2ND LANGUAGE CHINESE 0523/IGCSE MANDARIN CHINESE 0547) yang diduduki semasa peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ sesi Mei/Jun 2024.
Pada peringkat nasional, seramai 1,045 calon (18.89%) telah berjaya memperoleh 8 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas. Seramai 133 orang calon dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB menduduki Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ pada tahun 2024. Seramai 55 orang calon (41.35%) telah berjaya memperoleh 8 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas.
Manakala seramai 2,444 calon (44.17%) pada peringkat nasional telah berjaya memperoleh 5 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas pada peperiksaan sesi Oktober/November 2024. Daripada 133 orang calon dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB, seramai 106 orang calon (79.69%) telah berjaya memperoleh 5 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas.
Sementara calon yang memperoleh 4 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas pada peringkat nasional adalah seramai 2,875 (51.96%). Calon dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang berjaya memperoleh 4 ‘O’ Level dan IGCSE ke atas adalah seramai 114 orang (85.71%) daripada 133 orang calon yang menduduki peperiksaan sesi Oktober/November 2024.
Pencapaian Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB dari segi gred purata jumlah subjek (MSG) adalah merosot dari MSG 3.56 pada tahun 2023 kepada MSG 3.67 pada peperiksaan sesi Oktober/November 2024. Walau bagaimanapun dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5 ‘O’ level hingga 7 ‘O’ level ke atas telah menunjukkan peningkatan seperti berikut:
| Year GCE ‘O’ Level | 2023 | 2024 | ||
| 7 Credits & above (%) | 83/141 | 58.9 | 79/133 | 59.4 |
| 6 Credits & above (%) | 94/141 | 66.7 | 97/133 | 72.9 |
| 5 Credits & above (%) | 105/141 | 74.5 | 106/133 | 79.7 |
| 4 Credits & above (%) | 116/141 | 82.3 | 114/133 | 85.7 |
| MSG | 3.56 | 3.67 | ||
| No. of Candidates | 141 | 133 |
Pengetua sekolah puan Kho Guik Lan mengucapkan tahniah atas pencapaian pelajar-pelajar ini. Beliau berkata bahawa sebagai tambahan kepada faktor usaha peribadi pelajar, pihak sekolah komited untuk menyediakan pelajar dengan sumber pendidikan berkualiti tinggi dan peluang pembangunan yang komprehensif. Pihak sekolah memberi tumpuan kepada kualiti dan keupayaan inovasi komprehensif pelajar, dan merangsang minat serta potensi pelajar dalam pembelajaran melalui pelbagai kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
Pada masa yang sama, pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan berterusan mereka terhadap sekolah, dan kerjasama rapat serta ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa peperiksaan.
Pengetua sekolah puan Kho Guik Lan juga mendedahkan bahawa lembaga pengarah sekolah sentiasa mengambil berat tentang pelajar dan memberikan mereka persekitaran pembelajaran yang baik dan sokongan sumber pembelajaran. Kaedah pengajaran guru juga fleksibel dan pelbagai, bukan sahaja memberi tumpuan kepada pertumbuhan peribadi pelajar malah menekankan pemikiran bebas dan penyertaan aktif pelajar. Di samping itu juga, guru-guru sangat sabar dan bertanggungjawab untuk membantu para pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan. Beliau berharap majoriti calon dapat mengekalkan sikap rendah diri dan gigih, terus belajar dan semakin berjaya, serta bekerja keras untuk mencapai impian dan matlamat mereka.
