MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI PROGRAM BILAL DAN IMAM CILIK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH (KERAJAAN & SWASTA) TAHUN 2025

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 November 2025 – Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Dan Cenderahati Program Bilal Dan Imam Cilik Sekolah-Sekolah Rendah (Kerajaan & Swasta) Tahun 2025 bagi 9 orang pelajar dari sekolah ini yang telah berjaya menamatkan program tersebut. Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati ini telah berlangsung di Surau Lelaki Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan.

Majlis tersebut disempurnakan dengan penyampaian sijil dan cenderahati oleh Pengetua Yang Mulia Puan Kho Guik Lan, dan turut dihadiri oleh Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem.

Sebanyak 9 orang murid telah menerima sijil penghargaan dan cenderahati kerana telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Pelajar-pelajar yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Awangku Muhammad Adam Ar-Rayyan Bin Pengiran Mohammed Noor ‘Izzuddin (5 Biru)

2) Ryan Iskandar Bin Zafarul Ashraf (5 Biru)

3) Azri Muzaffar Bin Suhardi Dahalan (4 Hijau)

4) Gadingyastha Mahanipuna Alaryalin (4 Kuning)

5) Ahnaf Juani Bin Mohammad Johardi (3 Merah)

6) Azfar Zubair Bin Qamaruzzaman (3 Merah)

7) Ejaz Bin Zulhilmi (3 Merah)

8) Muhammad Imann Isaac Zawawi Bin Nordy (3 Kuning)

9) Abdul Bari Bin Haji Abdul Rudi (3 Hijau)

 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Pengetua Yang Mulia Puan Kho Guik Lan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada  pelajar yang mengikuti Program Bilal Dan Imam Cilik.

Pelajar-Pelajar yang menerima Sijil dan Cenderahati Program Bilal dan Imam Cilik bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan (ketiga dari kiri), Cikgu Tan Been Tiem, penolong pengetua (kedua dari kiri), Ustaz Hj Mohd Hairol Haimi Bin Hj Usop Ketua Guru IRK Rendah Bawah, Ustazah Asnah bt Hj Brahim, Penolong  Ketua Guru IRK Rendah dan Ustaz Abdul Ghani Bin Hj Damit Guru IRK