Berita Peraduan Bercerita Anjuran Jabatan Bahasa Melayu Tahun 2023

Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hwa telah menganjurkan peraduan mari bercerita bertempat di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh. Peraduan ini diadakan pada setiap tahun yang bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid yang berkebolehan dalam bercerita. Selain itu, mengetengahkan bakat murid dan memupuk minat membaca para murid terhadap buku-buku cerita Bahasa Melayu di samping meningkatkan daya imaginasi mereka agar murid-murid lebih berani berinteraksi di khalayak ramai.

Seramai 53 orang peserta yang menyertai peraduan ini yang terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah Atas dan Kategori Sekolah Rendah Bawah. Sepanjang peraduan ini berlangsung, semua peserta telah menunjukkan bakat masing-masing, kreativiti, persediaan yang mencukupi dan sokongan ibu bapa terhadap murid amat menggalakkan.

Pemenang bagi peraduan ini pula akan mendapat piala dan sijil. Hadiah akan disampaikan semasa Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan pada bulan Ogos. Harapan penyelaras peraduan agar penyertaan murid akan lebih ramai, persediaan yang lebih mantap dan sokongan daripada ibu bapa akan berterusan kepada Jabatan Bahasa Melayu. Penyelaras peraduan mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan serta tidak lupa juga terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang menjayakan peraduan mari bercerita.