Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Muncul Juara Bagi Kategori Sekolah Pada Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2022

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Diraja Anugerah ICT Brunei (BICTA) berkenan berangkat ke Majlis Anugerah BICTA 2022 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), pada 07 Julai 2022.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI); Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pandu BICTA 2022 dan Pengerusi InfoCom Federation Brunei (IFB), Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff selaku Pengerusi Bersama II Jawatankuasa Pandu BICTA 2022.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Metassan bin Haji Tahir.

Majlis kemudian disusuli dengan sembah alu-aluan yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menyaksikan tayangan video mengenai Kisah-kisah Kejayaan BICTA (BICTA Success Stories) yang memaparkan pengalaman beberapa peserta BICTA yang berjaya memajukan produk mereka selanjutnya selepas bertanding di dalam BICTA dan diikuti dengan video Catatan Perjalanan BICTA 2022 yang menunjukkan kompilasi aktiviti dan pengalaman para peserta sejak BICTA sepanjang tahun 2021 dan 2022.

Ulasan keputusan bagi BICTA 2022 diumumkan oleh Pengerusi IFB, Pengiran Sarimah selaku Ketua Hakim bagi Anugerah BICTA 2022.

DYTM seterusnya berkenan menyempurnakan pengurniaan penghargaan kepada hakim-hakim dan kemudian berkenan menyempurnakan pengurniaan kepada pemenang Anugerah BICTA 2022 bagi Kategori Industri ICT, Kategori Pengajian Tinggi dan Kategori Sekolah, Anugerah Khas dan Anugerah Penaung Diraja.

Pada majlis itu, DYTM seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Pesambah berkenaan merupakan sebuah buku dengan teknologi Augmented Reality berjudul ‘Ristaan Kenangan BICTA’ yang dihasilkan oleh anak tempatan dari UBD.

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah dengan nama produk AI CARE. Pasukan Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang terdiri daripada Arshia, Chuang Pei Rong @ Annika Chuang dan Phoebe Lim Tong Xin menerima trofi sumbangan Imagine Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND3,000, tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Berakas dengan nama produk MidoriSAWI membawa pulang trofi sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND2,000 dan tempat ketiga ialah Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dengan nama produk SignSpeak yang membawa pulang trofi sumbangan Alif Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND1,000.

Di samping itu, Produk Kementerian Kesihatan, iaitu BruHealth muncul juara bagi Kategori Industri ICT sekali gus diumumkan sebagai penerima Anugerah Penaung Diraja pada Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2022.

Juara membawa pulang sebuah trofi sumbangan Imagine Sdn. Bhd., sijil dan hadiah wang tunai BND10,000.

Tempat kedua disandang oleh Techbru Solution (B) Sdn. Bhd. dengan nama produk KedaiPOS yang membawa pulang sebuah trofi sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND5,000 manakala tempat ketiga ialah Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn. Bhd. dengan nama produk OBSERVE™ membawa pulang sebuah trofi sumbangan Alif Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND2,500.

Bagi Kategori Pengajian Tinggi, tempat kedua disandang oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan nama produk Smart Paddy Irrigation System yang memenangi trofi sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND3,500 disusuli tempat ketiga ialah UTB dengan nama produk Smart Waste Bin System with Beacon Technology membawa pulang sebuah trofi sumbangan Alif Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND1,750, manakala tidak ada pemenang di tempat pertama.

Selain daripada memenangi hadiah wang tunai dan trofi, para pemenang dalam setiap kategori juga berpeluang untuk mewakili Negara Brunei Darussalam ke Anugerah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2022 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.

Anugerah APICTA merupakan pertandingan ICT pada peringkat antarabangsa yang berprestij, disertai oleh 16 ahli ekonomi dari rantau Asia Pasifik.

Sejak penyertaannya di APICTA pada tahun 2008, Negara Brunei Darussalam setakat ini telah meraih dua anugerah kemenangan dan 27 merit.

Sementara itu, Anugerah Khas bagi Teknologi Internet of Things (IoT) dianugerahkan kepada BruIoT dengan nama produk LoRa Based Relay manakala Anugerah Khas bagi Teknologi Artificial Intelligence (AI) dianugerahkan kepada CodeBit Company dengan nama produk AI Pipeline for Receipts Digitisation.

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) / UTB diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas bagi Teknologi Big Data Analytics dengan nama produk Road Accident Data Enhancement and Development (RADED), Anugerah Khas bagi Start-Up pula dianugerahkan kepada Thryffy Technologies dengan nama produk Thryffy manakala tidak ada penerima Anugerah Khas bagi Projek Penyelidikan dan Perkembangan.

Pemenang-pemenang bagi Anugerah Khas menerima plak sumbangan Folec Communications Sdn. Bhd. dan sijil.

▲ Pasukan SMCH,BSB bergambar ramai dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Dr. Yong Chee Tuan dan penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem. ▲ Pasukan SMCH,BSB bergambar ramai dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Dr. Yong Chee Tuan dan penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem.
▲ Pasukan SMCH,BSB bergambar ramai dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Dr. Yong Chee Tuan dan penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem. ▲ Pasukan SMCH,BSB bergambar ramai dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Awang Gary Liau Tian Soon dan penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem.
▲ Pasukan SMCH,BSB bergambar ramai dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Dr. Yong Chee Tuan dan Pengiran Sarimah. binti Pengiran Haji Abdul Latiff Sebagai ketua hakim bagi Anugerah BICTA 2022. ▲ Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah dengan nama produk AI CARE. Pasukan Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang terdiri daripada Arshia, Chuang Pei Rong @ Annika Chuang dan Phoebe Lim Tong Xin menerima trofi sumbangan Imagine Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND3,000, tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Berakas dengan nama produk MidoriSAWI membawa pulang trofi sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND2,000 dan tempat ketiga ialah Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dengan nama produk SignSpeak yang membawa pulang trofi sumbangan Alif Technologies Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND1,000.
▲ Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah dengan nama produk AI CARE. Pasukan Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang terdiri daripada Arshia, Chuang Pei Rong @ Annika Chuang dan Phoebe Lim Tong Xin menerima trofi sumbangan Imagine Sdn. Bhd., sijil dan wang tunai BND3,000,