Pada 14 Februari hingga 20 Mac yang lalu, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan, melalui Unit Rohani buat julung kalinya menganjurkan Kuiz Baca Dan Eja Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2022.
Kuiz ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bacaan Jawi di kalangan pelajar sekolah rendah agar cerdik Jawi. Kuiz Baca Dan Eja Jawi Sekolah-sekolah Rendah senegara Tahun 2022 ini dibukakan kepada semua pelajar Tahun 5 Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan.
Pelajar-pelajar Tahun 5 yang menyertai Kuiz Baca Dan Eja Jawi dari Sekolah Menengah Chung Hwa ialah seramai 27 orang yang dibimbing oleh Cikgu Norazian dan Cikgu Nooraihan. Namun, pertandingan peringkat awal yang berlangsung pada 14 Februari telah ditunda pada 27 Februari hingga 2 Mac 2023 secara dalam talian. Justeru itu juga, guru-guru pembimbing diberi taklimat oleh pihak penganjur sebelum pelajar-pelajar menjawab kuiz pada 20 Februari 2023. Pelajar-pelajar telah selesai menjawab kuiz ini pada 1 Mac di Bilik Komputer Sekolah Menengah Chung Hwa.
Pada 6 Mac 2023, keputusan Kuiz Baca Dan Eja Jawi telah dimaklumkan oleh pihak penganjur melalui memorandom bertarikh 4 Mac. Seorang pelajar Tahun 5 Yellow Dk Siti Nur Alya Imani Binti Pengiran Haji Mohamad Salleh telah berjaya tersenarai ke peringkat akhir. Walaubagaimanapun, pelajar yang bertanding di peringkat akhir telah menghadiri pertandingan secara fizikal di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak Kanan. Keputusan akhir pertandingan kuiz ini memihak kepada Dk Siti Alya Imani dengan mendapat tempat ketiga. Penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Hj Eady Sardi Bin Pehin Dato Derma Sakti Dato Paduka, Ketua Bahagian Kegiatan Rohani Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Guru pembimbing mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan. Keputusan hakim adalah muktamad.
![]() |
|
| ▲ Puan pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Puan Kho Guik Lan, timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau, penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, ketua Jabatan MIB dan Jawi Cikgu Nooraihan bt Abd Hamid dan guru pembimbing Cikgu Norazian bt Mat Said turut bergambar bersama pelajar yang berjaya Dk. Siti Alya Imani binti Pengiran Haji Mohamad Salleh. |