Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan 2022 pada 29 Mei 2023 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan GCE ‘A’ Level (Peringkat Lanjutan), GCE ‘O’ Level (Peringkat Biasa) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) di Dewan Musyawarrah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Ahmad Danish Hakimi bin Shufiady, Pelajar daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Marina Chek binti Bujang, Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis. Majlis diteruskan dengan tayangan video ucapan daripada wakil Cambridge Assessment International Education (CAIE) dan seterusnya penyampaian anugerah kepada para pelajar yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.
Seramai 287 orang pelajar dari Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Swasta seluruh negara telah menerima anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Seramai 8 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menerima Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards (COAA) seperti berikut.
1. Owen Alviano
✧ Mathematics Syllabus D – Top in the world (First Place)
✧ Second place in Brunei Best Across Seven in Brunei
2. Chuang Pei Rong @ Annika Chuang
✧ Travel & Tourism – Top 10th in the world (Second Place)
✧ Accounting – Top 10th in the world (Fifth Place)
✧ Commerce – Top 10th in the world (Eight Place)
✧ First place in Brunei Best across nine in Brunei
3. Arshia Tariq
✧ Biology – Top 10th in the world (Tenth Place)
✧ Chemistry – Top 10th in the world (Tenth Place)
✧ Third place in Brunei Best across nine in Brunei
4. Darren Lee Jun Yea
✧ Mathematics Syllabus D – Top 10th in the world (Third Place)
5. Lim Jia Xuan Jessie
✧ Travel & Tourism – Top 10th in the world (Third Place)
6. Flora Ngu Jia Ying
✧ Commerce – Top 10th in the world (Eight Place)
7. Tan Hong Hui
✧ Accounting – Top 10th in the world (Ninth Place)
8. Timothy Ngu Xian Yi
✧ Second place in Brunei Best across eight in Brunei
![]() |
![]() |
| ▲ Owen Alviano diwakili oleh ibunya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge Outstanding Achiever Award O-Level 2022
✧ Mathematics Syllabus D – Top in the world (First Place) |
▲ Chuang Pei Rong @ Annika Chuang ✧ Travel & Tourism – Top 10th in the world (Second Place) ✧ Accounting – Top 10th in the world (Fifth Place) ✧ Commerce – Top 10th in the world (Eight Place) ✧ First place in Brunei Best across nine in Brunei |
![]() |
![]() |
| ▲ Arshia Tariq ✧ Biology – Top 10th in the world (Tenth Place) ✧ Chemistry – Top 10th in the world (Tenth Place) ✧ Third place in Brunei Best across nine in Brunei |
▲ Darren Lee Jun Yea diwakili oleh adiknya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge Outstanding Achiever Award O-Level 2022 ✧ Mathematics Syllabus D – Top 10th in the world (Third Place) |
![]() |
![]() |
| ▲ Lim Jia Xuan Jessie ✧ Travel & Tourism – Top 10th in the world (Third Place) |
▲ Flora Ngu Jia Ying diwakili oleh bapanya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge Outstanding Achiever Award O-Level 2022 ✧ Commerce – Top 10th in the world (Eight Place) |
![]() |
![]() |
| ▲ Tan Hong Hui ✧ Accounting – Top 10th in the world (Ninth Place) |
▲ Timothy Ngu Xian Yi ✧ Second place in Brunei Best across eight in Brunei |
Di samping itu, seramai 12 orang pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB menerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi kategori Anugerah Pelajar Cemerlang dalam GCE ‘O’ Level/IGCSE 2022. Mereka terdiri daripada 5 orang pelajar tempatan dan 7 orang pelajar antarabangsa. Pelajar tempatan terdiri daripada Tan Hong Hui, Hwong Yin Xin, Lee Min Sze, Lim Tong Xin @ Phoebe dan Nur’Izzatul Bazilah Binti Bahrin.
![]() |
![]() |
| ▲ Tan Hong Hui | ▲ Hwong Yin Xin |
![]() |
![]() |
| ▲ Lee Min Sze | ▲ Lim Tong Xin @ Phoebe |
![]() |
|
| ▲ Nur’Izzatul Bazilah Binti Bahrin |
Manakala pelajar antarabangsa terdiri daripada Chuang Pei Rong @ Annika Chuang, Owen Alviano, Arshia binti Tariq, Timothy Ngu Xian Yi, Darren Lee Jun Yea, Flora Ngu Jia Ying dan Lim Jia Xuan Jessie.
![]() |
![]() |
| ▲ Chuang Pei Rong @ Annika Chuang | ▲ Owen Alviano diwakili oleh ibunya |
![]() |
![]() |
| ▲ Arshia binti Tariq | ▲ Timothy Ngu Xian Yi |
![]() |
![]() |
| ▲ Darren Lee Jun Yea diwakili oleh adiknya | ▲ Flora Ngu Jia Ying diwakili oleh bapanya |
![]() |
|
| ▲ Lim Jia Xuan Jessie |
Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB juga mempunyai 3 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Mereka terdiri daripada Lim Hong Wee @ Vincent Lim, Aubree Lee Yi Shuen Dan Ashley Chan En Ming.
![]() |
![]() |
| ▲ Lim Hong Wee @ Vincent Lim | ▲ Aubree Lee Yi Shuen |
![]() |
|
| ▲ Ashley Chan En Ming |
Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE). Manakala, bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE ‘A’ Level, GCE ‘O’ Level/IGCSE, Anugerah Khas GCE ‘O’ Level, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Anugerah Khas Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pula, menerima trofi, sijil pencapaian dan wang tunai.
Antara tujuan dan objektif Anugerah Pelajar Cemerlang 2022 diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam dan sebagai dorongan serta galakan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat untuk meraih kecemerlangan di masa hadapan. Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan turut memberikan penghargaan kepada ibu bapa/penjaga agar memberi sokongan dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak mereka di samping memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun dalam mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan awam.
Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB berasa gembira dan bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan terutama bagi kategori Pelajar Cemerlang GCE- O Level (swasta) yang menunjukkan sebanyak 70% pelajar antarabangsa yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang adalah daripada Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.
![]() |
![]() |
| ▲ Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan Ketua Jabatan Pendidikan Swasta Awang Sofian Erwan Bin Mohamad, Pengetua Dayang Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem. | ▲ Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan Pengetua Dayang Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan ibu bapa. |























