Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Kemuncak B.E.S.T. (Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab) pada 26 November 2023 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Tema Majlis Kemuncak Program B.E.S.T Kementerian Pendidikan Tahun 2023 ialah “Bersama Menyokong B.E.S.T” dan bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran kepada warga institusi pendidikan tentang buli. Ia merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan dalam membendung dan mencegah gejala buli berlaku dalam kalangan pelajar di institusi Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan. selaku Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi UNESCO (Chair for the National Commission of Brunei Darussalam for UNESCO).
Program B.E.S.T adalah program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai usaha berterusan dalam menjana suasana persekitaran institusi yang lebih positif, meningkatkan keyakinan diri dan selamat untuk pelajar-pelajar. Acara kemuncak Program B.E.S.T. ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan melalui pameran poster dan pelbagai permainan yang khusus untuk mendidik pelajar-pelajar dalam mengawal diri agar isu buli dapat dielakkan serta mendedahkan kepada pelajar tentang bahaya buli dalam kalangan pelajar dan kesannya yang mana seterusnya diharapkan akan melahirkan pelajar yang berdisiplin, saling menghormati serta mempunyai peribadi dan akhlak yang baik.
Acara pada hari tersebut bermula dengan sesi senamrobik dan diikuti dengan tetamu kehormat menandatangani Banner Program B.E.S.T. Tetamu kehormat Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada sekolah-sekolah yang menyertai acara kemuncak tersebut.
Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB amat menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah untuk sama-sama menjayakan acara kemuncak pada hari tersebut. Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB diketuai oleh Cikgu Tan Been Tiem, penolong pengetua bahagian menengah dan dibantu oleh Cikgu Tan Kien Leong, Cikgu Sally Lu, Cikgu Eddy Yong Tek Wei, Cikgu Ang Chai Hoe serta tiga orang pelajar iaitu Chen Po-Hua, Liow Jia Chian dan Eugene Yang Chok Zhi.
Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB telah mempamerkan poster-poster yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Seni Lukis sebagai salah satu aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Pertandingan poster yang bertemakan anti buli telah dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Pengetua sekolah puan Kho Guik Lan berpuas hati dengan penglibatan guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan jayanya.
![]() |
![]() |
| ▲ Tetamu kehormat Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam menyampaikan cenderahati kepada Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB yang diwakili oleh Cikgu Tan Been Tiem, penolong pengetua bahagian menengah, Cikgu Tan Kien Leong, ketua jabatan Seni Lukis dan Cikgu Sally Chu, kaunselor sekolah. | ▲ Pelajar Tahun 10SC1 Chen Po-Hua menerangkan kepada Tetamu Kehormat Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan tentang projek yang dihasilkan oleh pasukannya untuk membantu mangsa buli. |
![]() |
![]() |
| ▲ Pemenang Pertandingan Mencipta Poster Anti Buli dimenangi oleh Ang Chin Gui dan Liam Lim Yi Bang pelajar dari tahun 9SC1 bergambar ramai dengan pengetua, Puan Kho Guik Lan (keempat dari kiri), timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau (ketiga dari kanan), penolong pengetua cikgu Tan Been Tiem (ketiga dari kiri), Cikgu Tan Kien Leong (kedua dari kiri), Cikgu Eddy Yong (pertama dari kiri), Cikgu Ang Jong Vih (pertama dari kanan).dan guru kaunselor Cikgu Sally Chu (kedua dari kiri). | ▲ Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan. |
![]() |
|
| ▲ Pasukan dari Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB bergambar ramai dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan. |



