Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB telah mengadakan hari pendaftaran kokurikulum pada 19 Januari 2024. Pendaftran yang diadakan pada pukul 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi dihadiri oleh pelajar-pelajar bahagian rendah dan menengah. Sebanyak 23 buah kelab dan aktiviti kokurikulum telah dibuka kepada pelajar dan mereka diberi peluang untuk memilih kelab yang bersesuaian dengan kemahuan dan minat masing-masing.
Aktiviti kokurikulum ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan, meningkatkan keupayaan kognitif, memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu dan menggalakkan keupayaan pelajar dalam pelbagai Kemahiran.
Melalui aktiviti kurikulum juga, pelajar boleh memupuk minat dan mencungkil bakat masing-masing selain memupuk nilai-nilai dan keupayaan dalam menghadapi cabaran masa depan. Aktiviti kurikulum juga dilihat dapat mengeratkan persahabatan semua pelajar daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ia juga boleh menggalakkan integrasi sosial dan memperdalam rasa sayang, tanggungjawab dan komitmen terhadap sekolah, masyarakat dan negara.
Turut hadir pada hari pendaftaran kegiatan kokurikulum di Dewan Darussalam tersebut ialah pengetua SMCH, Dayang Kho Guik Lan, dan Cikgu Tan Been Tiem untuk melawat setiap kelab yang dibuka kepada pelajar.
Menurut pengetua, matlamat pendidikan utama adalah untuk memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Aktiviti ko-kurikulum tahunan yang diadakan adalah untuk membolehkan pelajar memilih aktiviti dan kelab kegemaran mereka sendiri, di sisi lain pula ia adalah platform yang terbaik untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar.
![]() |
![]() |
| ▲ Pelajar berbaris untuk masuk ke Dewan Darussalam bagi mendaftar kegiatan kokurikulum yang diminati oleh mereka. | ▲ Hari pendaftaran kokurikulum sekolah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran yang memuaskan. |
![]() |
![]() |
| ▲ Guru Kelab Matematik menjelaskan aktiviti yang diatur oleh guru kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Kelab Matematik. | ▲ Pengetua Dayang Kho Guik Lan, dan Penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem bergambar ramai bersama guru Kelab Bahasa Cina. |
![]() |
![]() |
| ▲ Ahli-ahli Kelab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mengambil gambar berkumpulan dengan pengetua puan Kho Guik Lan (kelapan dari kiri) dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem (ketiga dari kanan). | ▲ Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB 1003 bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan dan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem. |
![]() |
![]() |
| ▲ Ahli-ahli kelab ping pong bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan (kedua dari kiri) dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem (barisan depan ketiga dari kiri) dan Ketua Pendidikan Jasmani Cikgu Ng Lim Di (barisan depan pertama dari kiri). | ▲ Ahli-ahli kelab Diabolo bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan dan Penolong Pengetua Cikgu Tan Been Tiem. |






