Seramai 152 orang Pelajar Tahun 7 Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB Menyertai Program Taklimat Kenegaraan

Program Taklimat Kenegaraan telah diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB pada 23 April 2024 bertempat di Dewan Darussalam. Turut hadir di majlis tersebut ialah pengetua sekolah Puan Kho Guik Lan, timbalan pengetua Cikgu Beh Hai Yau, penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan, guru-guru dan 152 orang pelajar Tahun 7.

Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ merupakan acara yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik. Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara dengan hasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam kalangan diri penuntut.

Program Taklimat Kenegaraan dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan dan diikuti dengan bacaan doa. Sebagai tanda penghargaan kepada Jabatan Penerangan yang telah menganjurkan majlis tersebut, pengetua sekolah Puan Kho Guik Lan, telah menyampaikan cenderahati kepada penyampai taklimat Yang Mulia, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar Bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Pegawai Penerangan selaku pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik.

Taklimat tersebut menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan juga sejarah Lagu Kebangsaan NBD, ‘Allah Peliharakan Sultan’. Para penuntut seterusnya berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’ dan klip video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

Taklimat Kenegaraan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

▲ Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB menyampaikan cenderahati kepada penyampai taklimat Yang Mulia, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar Bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Pegawai Penerangan selaku pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik. ▲ Yang Mulia, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar Bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Pegawai Penerangan selaku pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik menyampaikan cenderahati kepada pengetua Puan Kho Guik Lan.
▲ Pelajar-pelajar Tahun 7 bergambar ramai bersama pengetua, pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan dan guru-guru sebelum taklimat dimulakan. ▲ Yang Mulia, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar Bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Pegawai Penerangan selaku pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik.menyampaikan taklimat.
▲ Para pelajar mengisi borang kaji selidik. ▲ Pelajar menerima hadiah kerana berjaya menjawab soalan semasa taklimat disampaikan.
▲ Penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.