Seramai 12 orang Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Menerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE Peringkat ‘O’ dan Penilaian Sekolah Rendah

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2023 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat ‘A’, ‘O’ dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) telah diadakan pada 29 Mei 2024 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Seramai 212 orang pelajar dari sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta seluruh negara diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2023 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat ‘A’, ‘O’ dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu diadakan sebagai pengiktirafan, penghargaan dan dorongan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya dalam peperiksaan awam peringkat negara untuk lebih bersemangat dalam meraih kecemerlangan pada masa hadapan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh yang turut menyempurnakan penyampaian anugerah yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta Yang Mulia Awang Sufian Erwan bin Haji Emran.

Seramai 28 orang pelajar menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge Peringkat O, 50 orang pelajar menerima Anugerah GCE Peringkat O dan 6 orang pelajar menerima Anugerah Khas (Jabatan Pendidikan Khas ) GCE Peringkat O. Manakala seramai 60 orang pelajar menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang PSR iaitu 25 orang pelajar dari sekolah kerajaan, 25 orang pelajar dari sekolah swasta dan 10 orang pelajar antarabangsa.

Sekolang Menengah Chung Hwa, BSB menerima sebanyak 21 anugerah yang terdiri daripada 8 Anugerah Pelajar Cemerlang GCE Peringkat O dan 13 Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge Peringkat O bagi subjek Bahasa Melayu, Mathematics D, Additional Mathematics, Biology, Combined Science, Accounting, dan Commerce.

Seramai 8 orang pelajar yang menerima Anugerah pelajar Cemerlang GCE Peringkat O adalah terdiri daripada Ting Pei Tong, Sia Li Theng, Chong Wan Sin, Isabelle Hon Shin Yie, Ang Ying Xin, Poh Ee Fong, Darra Lee Yun Qin dan Ling Yi Zhen.

Manakala 6 orang pelajar yang menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge Peringkat O adalah terdiri daripada Poh Ee Fong, Ting Pei Tong, Wong Zhang Jia, Darra Lee Yun Qin, Aisya Sofiya binti Haji Mohammad Shailin dan Chin Shi Ru @ Marcus.

Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB juga mempunyai seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) iaitu Benjamin Shim Ming Hui.

Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB berasa gembira dan bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan terutama bagi kategori Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge Peringkat O pelajar mendapat tempat pertama dan kedua di Brunei bagi 9 subjek terbaik (Best Across Nine). Menurut pengetua, pencapaian cemerlang ini adalah hasil daripada usaha gigih pelajar-pelajar, sokongan padu ibu bapa, guru-guru yang berdedikasi dan sokongan semua pihak.

▲ Para penerima Anugerah Pelajar Cemerlang GCE Peringkat O dan PSR bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan dan penolong pengetua bahagian menengah Cikgu Tan Been Tiem.