Pada 1 Ogos 2024, Jabatan Bahasa Melayu/ MIB dan Jawi telah mengadakan Majlis Penyampaian hadiah sebagai acara kemuncak bagi aktiviti Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi untuk meraikan para pemenang peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi yang sudah berlangsung sejak bulan Mac 2024.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Kuliah Ong Tiong Oh yang bermula pada pukul 11.30 pagi. Majlis ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian sekolah rendah bawah yang bermula pada pukul 11:30 pagi, bahagian sekolah rendah atas yang bermula pada pukul 12:30 tengah hari dan bahagian menengah yang bermula pada pukul 1:30 petang. Sijil-sijil dan piala-piala telah disampaikan oleh pengetua sekolah Puan Kho Guik Lan bagi Peraduan Sekolah Rendah Bawah.
Acara dimulakan dengan bergambar ramai dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada para pemenang peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Jawi dan MIB bagi tahun 2024.
Penyampaian sijil dan piala bagi bahagian rendah atas dan menengah pula telah disampaikan oleh penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem merangkap Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Cikgu Nooraihan bt Abdul Hamid, (ketua Jabatan MIB dan Jawi) dan Cikgu Hjh Siti Nur Fadhilah bt Awang Haji Gani, penolong ketua Jabatan Bahasa Melayu.
Majlis Penyampaian Sijil dan Piala Jabatan Bahasa Melayu, MIB dan Jawi telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada para pemenang yang hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pengerusi dan Jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil dan Piala ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut. Tahniah, diucapkan kepada semua pemenang!
![]() |
![]() |
| ▲ Jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil dan Piala bergambar ramai dengan Pengetua Puan Kho Guik Lan sebelum acara bermula. | ▲ Sijil-sijil dan piala-piala telah disampaikan oleh pengetua Puan Kho Guik Lan bagi Peraduan Sekolah Rendah Bawah. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Tulisan Jawi bagi Sekolah Rendah Bawah Kategori Pelajar Muslim bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan, penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Ang Chai Hoe. | ▲ Para pemenang Tulisan Jawi bagi Sekolah Rendah Bawah Kategori Pelajar Bukan Muslim bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan, penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Ang Chai Hoe. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Peraduan Menulis Tulisan Rumi bagi Sekolah Rendah Bawah bergambar ramai dengan pengetua Puan Kho Guik Lan, penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Tam Sok Chan. | ▲ Semua pemenang bahagian rendah bawah bergambar ramai dengan pengetua dan jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil dan Piala bagi sekolah rendah bawah. |
![]() |
![]() |
| ▲ Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Ketua Jabatan MIB dan Jawi, Penolong Ketua Jabatan Bahasa Melayu menyampaikan sijil dan piala kepada pemenang. | ▲ Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Ketua Jabatan MIB dan Jawi, Penolong Ketua Jabatan Bahasa Melayu menyampaikan sijil dan piala kepada pemenang. |
![]() |
![]() |
| ▲ Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Ketua Jabatan MIB dan Jawi, Penolong Ketua Jabatan Bahasa Melayu menyampaikan sijil dan piala kepada pemenang. | ▲ Para pemenang Peraduan Menulis Tulisan Jawi bagi Kategori Rendah Atas bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, ketua jabatan MIB dan Jawi Cikgu Nooraihan bt Abdul Hamid, penolong ketua jabatan Bahasa Melayu Cikgu Hjh Siti Nur Fadhilah bt Awg Hj Gani dan penyelaras peraduan Cikgu Ang Chai Hoe. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Peraduan Bercerita bagi Kategori Rendah Atas bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, ketua jabatan MIB dan Jawi Cikgu Nooraihan bt Abdul Hamid, penolong ketua jabatan Bahasa Melayu Cikgu Hjh Siti Nur Fadhilah bt Awg Hj Gani dan penyelaras peraduan Cikgu Nabihah@Bari’ah bt Hj Murad. | ▲ Para pemenang Peraduan Menulis Karangan bagi Kategori Rendah Atas bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, ketua jabatan MIB dan Jawi Cikgu Nooraihan bt Abdul Hamid, penolong ketua jabatan Bahasa Melayu dan penyelaras peraduan Cikgu Hjh Siti Nur Fadhilah bt Awg Hj Gani. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Peraduan Nyanyian JBM bagi Kategori Rendah Atas bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Norazian bt Mat Said dan Cikgu Ang Chai Hoe. | ▲ Semua pemenang bahagian rendah atas bergambar ramai dengan penolong pengetua dan jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil dan Piala bagi sekolah rendah atas. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Peraduan Menulis Tulisan Jawi bagi Kategori Menengah bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem, ketua jabatan MIB dan Jawi Cikgu Nooraihan bt Abdul Hamid dan penyelaras peraduan Cikgu Noor Haiffah bt Awg Bakar dan Cikgu Hjh Nurul ‘Aqilah bt Hj Matassan. | ▲ Para pemenang Peraduan Pidato bagi Kategori Menengah bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Lim Swee Kim. |
![]() |
![]() |
| ▲ Para pemenang Peraduan Menulis Karangan Bahagian Menengah bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Chiam Lay Kuan. | ▲ Para pemenang Peraduan Nyanyian Bahagian Menengah bergambar ramai dengan penolong pengetua Cikgu Tan Been Tiem dan penyelaras peraduan Cikgu Norazian bt Mat Said dan Cikgu Hj Mas Akmal Rizal bin Hj Taha. |
![]() |
|
| ▲ Semua pemenang bahagian menengah bergambar ramai dengan penolong pengetua dan jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil dan Piala bagi bahagian menengah. |

















