Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Atas Talian Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 SMCH BSB

Pengurus jualan Kedai Komputer Netcom Voon Yang Soon (tengah), puan pengetua Kho Guik Lan (6 dari kiri)Cikgu Tan Been Tiem penolong pengetua bahagian menengah ( 4 dari kiri )dan para pemenang kuiz bergambar ramai.

Majlis Penyampaian Sijil Jabatan Bahasa Melayu / MIB & Jawi

Pada 14 November 2022, Jabatan Bahasa Melayu/ MIB dan Jawi telah mengadakan Majlis Penyampaian hadiah sebagai acara kemuncak bagi aktiviti Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi untuk meraikan para pemenang peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu/MIB dan Jawi yang sudah berlangsung sejak bulan Mac 2022.

Tiga Orang Guru Dari SMCH, BSB Menerima Anugerah Penghargaan Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru NBD Ke-32

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-32 di Dewan Persidangan Utama, Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) yang telah diadakan pada 4 Oktober 2022. Sambutan tersebut adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan profesion para guru yang telah menyumbang usaha dalam pendidikan.

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Julai. – Segenap lapisan rakyat dan penduduk di Daerah Brunei dan Muara sejak awal pagi lagi sudah membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien bagi menanti keberangkatan tiba raja yang dikasihi bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena Sambutan Perayaan Ulang… Continue reading Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan Tahun 2021

Sabtu, 2 Zulhijjah 1443H / 2 Julai 2022M – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah dengan kerjasama Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas pada petang ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan 2021 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level (Peringkat Lanjutan), International Baccalaureate, Brunei Cambridge GCE… Continue reading Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan Tahun 2021

Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Muncul Juara Bagi Kategori Sekolah Pada Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2022

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Diraja Anugerah ICT Brunei (BICTA) berkenan berangkat ke Majlis Anugerah BICTA 2022 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei… Continue reading Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB Muncul Juara Bagi Kategori Sekolah Pada Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2022

Pertandingan Nyanyian Bintang Jabatan Bahasa Melayu, SMCH BSB

Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dengan jayanya mengadakan Pertandingan Nyanyian Bintang Jabatan Bahasa Melayu pada hari ini bertempat di Dewan Boon Pang. Kejayaan ini adalah seratus peratus kejayaan bersama dan kerjasama semua guru Jabatan Bahasa Melayu yang diketuai oleh Puan Tan Been Tiem dan Awang Beh Hai Yau selaku penasihat… Continue reading Pertandingan Nyanyian Bintang Jabatan Bahasa Melayu, SMCH BSB

Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan Tahun 2020

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan pada 10 Julai 2021 bertempat di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.

Dayang Lim Bei En Menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu Semasa Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa

Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan seluruh lapisan masyarakat terhadap Bahasa Melayu yang diakui mampu membina peradaban dan ketamadunan bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2021 di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.